eKelas Matematik & Sains (Penggal 2 Minggu 9)
21 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 April 2019, Sabtu yang lepas, seramai 12 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6 yang telah menghadiri ekelas minggu ini yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Tebelu. Kelas tersebut bermula pada pukul 10:20 pagi dan berakhir pada pukul 11.40 pagi. Pada minggu ini pelajar melakukan aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 3 dan 4 orang ahli. Setelah aktiviti siap, pelajar dikehendaki memuatnaik hasil kerja mereka didalam portal bagi memudahkan cikgu memberi markah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: